PETIKAN KHUTBAH JUMAAT BRUNEI DARUSSALAM
Majilis Kenduri
29.April.2011
janganlah pula kenduri arwah tersebut dianggap sebagai suatu perkara hak bagi si mati yang mesti ditunaikan oleh keluarganya. Begitu juga dengan hidangan jamuan itu jangan pula dianggap sebagai suatu perkara agama yang disyariatkan. Perlu difahami, bahawa tidak menjadi kesalahan atau dosa jika ahli keluarga si mati tidak mengadakan majlis tersebut kerana perkara tersebut bukanlah suatu paksaan atau kewajipan untuk mengadakannya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan. Firman Allah Subahanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 286 tafsirnya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan